Khamis, Januari 13, 2011

::iKHlAsNya iNsaN BeRgElAR LeLaKi::

    Seorang jejaka terjumpa buku di taman. Dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya,dan juga tertera 'Aisyah yang ingin mencari SaHAbAt hAtI' .
    Tergerak hati jejaka itu untuk mengutus surat dan mengembalikan buku tersebut kepada si gadis misteri itu. beberapa hari kemudian, si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia sudi untuk berkawan dengan si jejaka  dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. persahabatan bertukar menjadi perasaan sayang. namun begitu mereka belum pernah bertemu.
    si jejaka amat ingin bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga si gadis.
   pada suatu hari, si jejaka dipanggil untuk berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya.
    Maka diutus surat kepada gadis itu. "  Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang kepadaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. aku akan mengenalimu sekiranya kamu memegang sekuntum mawar merah. setelah itu izikan aku membawamu untuk makan malam dan bertemu dengan orang tuaku" . 
   Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai pewira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya sambil memegang sekuntum mawar merah.

   Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
   Tiba-tiba si jejaka ternampak gadis yang gemuk,hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis  mencari seseorang.
   kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza daripada imaginasinya. namun dia memberanikan diri  menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis itu dan berkata: " aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" .
   si gadis itu tersenyum dan berkata: "Aku tidak tahu apa yang terjadi. tetapi ada seseorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malan dan bertemu dengan orang tuamu" .
  Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu Aisyah.Masihkah wujud  lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

4 ulasan:

  1. Terbaik cite ni..dpt dr mana??
    hehe...Syukur alhamdulillah..kalo akak jmpa laki cmni...AMin...

    BalasPadam
  2. he..best kan..baca dlm akhbar..bila baca 2 terus terpikat..hehe..

    BalasPadam
  3. org ni suka cerita ni.. so sweet...

    http://mimijazman.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. :)
    leh jadikan pedoman..xkira laki or pempuan..:)

    BalasPadam